Kelas Penulisan Minit Mesyuarat
6 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 5 November 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Penulisan Minit Mesyuarat yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang ahli PEDi yang terdiri daripada usahawan PEDi dan seorang pelajar tingkatan 6. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah pengenalan tentang minit mesyuarat.
Peserta juga didedahkan dengan prosedur dan asas komponen yang mesti ada didalam minit mesyuarat. Peserta diterangkan dengan lebih dalam lagi setiap komponen dan format miniit mesyuarat. Contoh – contoh minit mesyuarat juga diterang bahawa setiap agensi seperti JKKK Kampung, persatuan atau kelab, syarikat dan kerajaan adalah berbeza. Diharapkan dengan kelas ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga peserta dapat mengadaptasikan pengetahuan ini di tempat kerja atau dimana sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: