Kelas Softskills – Presentation Biodata Saya

2 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2023, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills – Presentation Biodata Saya yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 11 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar telah diajar untuk membuat slaid pembentangan mengenai biodata diri mereka menggunakan Microsoft PowerPoint.

Peserta telah didedahkan dengan penggunaan ilustrasi yang terdapat di dalam Microsoft PowerPoint. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali