Online Training on PEDi System (Phase 1)

21 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2023, Jumaat, Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menyertai Online Training on PEDi System (Phase 1) yang dianjurkan oleh pihak MCMC. Latihan secara atas talian tersebut telah dijalankan menggunakan platform Zoom Meeting yang bermula daripada jam 9:30 pagi sehingga jam 12:30 tengahari dan telah dihadiri oleh semua staf PEDi daripada zon Sarawak.

Tujuan latihan tersebut dilakukan adalah untuk memperkenalkan sistem baru PEDi yang akan digunakan oleh semua PEDi di seluruh Malaysia. Sistem ini akan digunakan untuk merekod semua latihan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Rantau Panjang. Selain daripada itu, semua data usahawan yang telah berdaftar di bawah PEDi Rantau Panjang juga akan dimasukkan di dalam sistem PEDi yang baru tersebut. Kami berharap dengan adanya sistem PEDi yang baru ini dapat memudahkan urusan semua staf PEDi untuk merekod semua aktiviti dan dapat membuat laporan dengan mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali