Kelas Asas ICT (Microsoft PowerPoint dan Asas Internet)

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT Microsoft PowerPoint dan asas Internet yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 7 orang komuniti setempat. Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft PowerPoint dimana adalah sambungan kelas pada 19 Ogos 2023 (Sabtu).

Peserta telah diberikan latihan membuat slaid menggunakan Microsoft PowerPoint bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selain itu, peserta juga telah membuat latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam menyunting gambar dan video multimedia menggunakan Microsoft PowerPoint. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali