Shopee x PUPUK: Optimumkan Penyenaraian Produk Anda

9 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2023, Rabu, pihak MCMC dengan kerjasama Shopee telah mengadakan kursus Shopee x PUPUK: Optimumkan Penyenaraian Produk Anda secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang melalui aplikasi Zoom. Sesi tersebut telah dihadiri oleh staf PEDi, Rakan Digital dan Usahawan PEDi di seluruh Malaysia. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar bagaimana cara untuk mengoptimumkan penyenaraian produk di Shopee.

Antara cara untuk mengoptimumkan penyenaraian produk di Shopee adalah memuat naik produk di Shopee dengan cara yang betul, memahami had penyenaraian, menyemak kualiti penyenaraian, memeriksa dan mengedit penyenaraian produk secara tunggal atau berkumpulan, menapis senarai untuk muat naik secara berkumpulan, belajar mengenai petua untuk mengelakkan pelanggaran penyenaraian dan yang terakhir sekali adalah pusat pengurusan penyenaraian. Diharapkan dengan webinar seperti ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu penjual-penjual di Shopee untuk menjana pendapatan lebih. Selamat maju jaya kepada kepada semua penjual Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali