Kelas Mewarna (Microsoft Paint) dan Advokasi

14 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2023, Jumaat, staf Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Mewarna menggunakan perisian Microsoft Paint dan Advokasi bersama komuniti setempat. Kelas bermula pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 2 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mempelajari teknik yang betul untuk melukis menggunakan perisian Microsoft Paint dan mewarnakannya. Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat para pelajar untuk belajar sambal bermain. Di samping itu, para peserta dapat mempelajari asas ICT dalam menguasai kemahiran menggunakan computer. Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta. Selamat maju jaya dan tahniah kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali