Kelas ICT Junior – Peta Minda

20 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT Junior – Peta Minda yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 1:30 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar prasekolah. Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft PowerPoint.

Peserta telah diberikan latihan untuk membuat peta minda menggunakan Microsoft PowerPoint bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selain itu, peserta juga telah membuat latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam menyunting gambar menggunakan Microsoft PowerPoint. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali