Permainan Softskills (Problem Solving)
10 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 9 Jun 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan satu aktiviti permainan softskills (kemahiran insaniah) iaitu problem solving yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 8 orang pelajar sekolah rendah.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah mereka supaya dapat berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Diharap program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: