Kelas Usahawan – Kira Untung Bersih secara atas talian (Platform Facebook)
1 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 31 Oktober 2023, Selasa, PEDi Rantau Panjang telah menaik turun sebuah video di Platform Facebook tentang pengiraan untung bersih kepada peserta ahli PEDi secara atas talian. Kelas ini diberi masa selama 3 hari iaitu dari 28 Oktober sehingga 31 Oktober 2023. Kehadiran peserta dikira pada 31 Oktober 2023 iaitu hari ini. Seramai 7 peserta ahli PEDi yang mengikuti video ini.
Antara kandungan video tersebut adalah menerangkan cara cara untung bersih dikira sepatut nya oleh peniaga. Melalui video ini juga, peserta bolehlah menggunakan cara pengiraan untung bersih ini untuk perniagaan mereka. Sedikit sebanyak dapat membantu komuniti yang baru memulakan perniagaan atau usahawan lama. Pihak PEDi berharap platform Facebook PEDi dapat memberi manfaat dan memudahkan komuniti dalam mendapatkan info – info penting dan bermakna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: