Aktiviti STEM – Racing Caterpillar

12 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2023, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti STEM – Racing Caterpillar yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah aktiviti STEM membuat Racing Caterpillar dengan menggunakan kertas warna. Kertas tersebut dilipat terlebih dahulu dan gunting bahagian hujung untuk membuat bentuk bulat.

Selepas selesai menggunting, para peserta telah diberikan sebatang straw untuk menggerakkan caterpillar tersebut. Setiap peserta yang mengikuti aktiviti tersebut telah diberikan kupon 30 minit bermain PC secara percuma bagi menyuntik semangat mereka untuk mengikuti aktiviti yang lain pada masa yang akan datang. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali