Aktiviti Membaca (E-Learning)

5 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan aktiviti membaca (E-Learning) yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta.

Para peserta telah diajar cara yang betul untuk membaca dan mereka telah diberi latihan untuk membaca daripada buku cerita yang terdapat di dalam PEDi. Pada akhir sesi aktiviti membaca, petugas PEDi telah meminta para peserta untuk berkongsi dengan rakan-rakan mengenai buku cerita yang telah dibaca oleh mereka. Diharap dengan program seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali