Bengkel Resume & Advokasi

13 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Bengkel Resume dan Advokasi Maklumat Palsu yang bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 12:30 tengahari bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang komuniti setempat. Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada resume dan kegunaan membuat resume semasa memohon pekerjaan.

Para peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan resume mereka sendiri dengan menggunakan Microsoft Word dan aplikasi Canva sambil dibimbing oleh staf PEDi Rantau Panjang. Pada akhir sesi bengkel tersebut, para peserta diberi ceramah mengenai Advokasi Maklumat Palsu. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat. Tahniah kepada semua peserta dan selamat maju jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali