Advokasi Penipuan Dalam Talian

20 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Advokasi Penipuan Dalam Talian yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar prasekolah. Antara pengisian kelas tersebut adalah tayangan video advokasi Penipuan Dalam Talian yang telah disediakan oleh MCMC.

Tujuan video ini ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya yang terdapat di dalam talian dan cara-cara untuk mengelak daripada dikena tipu dalam talian. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali