Aktiviti Senamrobik Bersama Ahli PEDi
8 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan satu aktiviti senamrobik bersama ahli PEDi Rantau Panjang yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PEDi dan ahli PEDi.
Selain daripada itu, aktiviti tersebut dianjurkan supaya ahli PEDi dapat kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat secara menyeluruh. Diharap dengan program seperti ini dapat memupuk semangat ahli PEDi untuk menyertai lebih banyak aktiviti yang bakal dianjurkan oleh staf PEDi Rantau Panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: