Kelas Asas Shopee Bersama Rakan Digital PEDi Rantau Panjang

6 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2023, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Shopee yang telah dikendalikan oleh Cik Geraldine Sema iaitu Rakan Digital PEDi Rantau Panjang. Kelas bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 10:30 pagi. Kelas ini diadakan di PEDi Rantau Panjang. Seramai seorang komuniti setempat telah menghadiri kelas tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan mengenai platform Shopee kepada para komuniti dan menerangkan tiga (3) komponen penting yang terdapat di dalam platform Shopee. Cik Geraldine Sema juga telah membantu para peserta untuk mendaftar akaun Shopee mereka masing-masing dengan menggunakan telefon bimbit mereka. Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi dalam bidang yang baru dan secara langsung dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan. Selamat maju jaya dan tahniah kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali