PUPUK@Shopee: Tingkatkan Taraf Kedai Shopee Anda

19 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2023, Rabu, pihak MCMC dengan kerjasama Shopee telah mengadakan kursus PUPUK@Shopee: Tingkatkan Taraf Kedai Shopee Anda secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang melalui aplikasi Zoom. Sesi tersebut telah dihadiri oleh staf PEDi, Rakan Digital dan Usahawan PEDi di seluruh Malaysia. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar bagaimana cara untuk menaik taraf kedai Shopee. Antara caranya ialah dengan mendeko kedai Shopee, menawarkan pelbagai jenis tawaran bundle kepada pembeli, mengiklankan produk di kawasan bertrafik tinggi di Shopee, mencalonkan produk di dalam kempen Shopee dan menggunakan pusat pemasaran di Shopee.

Objektif melakukan semua perkara tersebut adalah untuk meningkatkan prestasi kedai dengan menerokai ciri-ciri, alatan dan program yang tersedia di Shopee. Selain itu, dapat membantu untuk memperbaiki khidmat pelanggan dan mengekalkan status akaun Shopee yang sihat dan secara tidak langsung untuk memastikan operasi kedai Shopee berjalan dengan lancar. Diharapkan dengan webinar seperti ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu penjual-penjual di Shopee untuk menjana pendapatan lebih. Selamat maju jaya kepada kepada semua penjual Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali