E-Learning: Wordsearch Bahasa Melayu (Simpulan Bahasa)

16 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2023, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan E-Learning: Wordsearch Bahasa Melayu (Simpulan Bahasa) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 9 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah para pelajar membuat carian kata (wordsearch) yang mengandungi 20 simpulan bahasa.

Tujuan kelas ini adalah untuk menarik minat para pelajar untuk belajar Bahasa Melayu sambil bermain. Di samping itu, para peserta dapat mempelajari asas ICT dalam menguasai kemahiran menggunakan komputer. Diharap aktiviti dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali