Straw Plane – Aktiviti STEM

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Aktiviti STEM – Straw Plane yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Aktiviti tersebut diadakan untuk meningkatkan kemahiran praktikal dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan objek. Daripada aktiviti ini, peserta boleh belajar tentang pengetahuan Sains dimana terdapat 4 daya yang terhasil daripada penyedut minuman terbang dari aktiviti ini, iaitu tujahan, seret, udara dan graviti. Diharap dengan program seperti boleh memberi manfaat kepada komuniti setempat dan generasi muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali