Struktur Binaan Menggunakan Tanah Liat Dan Pencungkil Gigi – Aktiviti STEM

15 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2023, Isnin Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Building Block – Aktiviti STEM yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Aktiviti tersebut diadakan untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran praktikal dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan objek.

Struktur yang stabil ialah struktur yang tidak mudah tumbang atau jatuh apabila daya bertindak atasnya. Cabaran aktiviti : cabar diri kawan kawan secara berkumpulan dengan membina struktur yang lebih tinggi tetapi masih lagi mengambil kira faktor kestabilan. Diharap dengan program seperti boleh memberi manfaat kepada komuniti setempat dan generasi muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali