Webinar Akses kepada Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 1/2023
19 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menyertai Webinar Akses kepada Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 1/2023 untuk perkongsian tentang embiayaan yang disediakan oleh agensi TEKUN Nasional. Dalam taklimat ini juga, mereka memberi penjelasan tentang prosedur dan syarat syarat yang perlu untuk pemohonan pembiayaan TEKUN Nasional bagi yang layak memohon.
Daripada perkongsian ini, sedikit sebanyak PEDi Rantau Panjang dan usahawan dapat manfaatkan program ini untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Kami berharap dengan program ini, kami dapat membantu komuniti meningkatkan sosio ekonomi penduduk tempatan dalam mengembangkan perniagaan yang sedia ada atau yang baru melibatkan diri dalam perniagaan dalam menjana pendapatan lebih demi kelangsungan hidup pada zaman IT ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: