Aktiviti Kemerdekaan – Tanjak Merdeka

21 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti Kemerdekaan – Tanjak Merdeka yang bermula dari pukul 12:00 petang sehingga 2:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 6 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar mewarna tanjak yang bertemakan gambar kemerdekaan.

Tujuan kelas ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni iaitu semangat patriotik dan cinta akan negara sempena bulan kemerdekaan ini. Di samping itu, para peserta dapat menguasai kemahiran insaniah mewarna ketika menyiapkan tanjak supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Pada akhir sesi aktiviti tersebut, para peserta diminta untuk memakai Tanjak Merdeka di kepala masing-masing dan bergambar bersama Jalur Gemilang. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali