eUsahawan: Jana Pendapatan Tanpa Modal dengan TikTok
25 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2023, Khamis, PEDi Rantau Panjang telah mengadakan kelas eUsahawan iaitu jana pendapatan tanpa modal dengan TikTok. Kelas ini bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Seramai 4 orang Ahli belia PEDi telah menghadiri kelas tersebut. Antara pengisian kelas tersebut adalah staf PEDi telah berkongsi cara menggunakan TikTok dengan mencipta video 'User Generated Content' melalui platform TikTok.
Peserta juga telah diberi panduan dan sokongan atas cara mencipta kandungan dan cara mencipta bag kuning hanya dengan TikTok. Content tersebut dapat menambah nilai kepada client dan menjana pendapatan sampingan yang boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Peserta juga diajar cara untuk mendaftar di platform Seller Centre TikTok dan hubungkan pautan akaun tiktok personal. Peserta juga boleh terus mencipta video dan mendapat komisen hasil pembelian pelanggan daripada bag kuning di akaun TikTok. Diharapkan dengan kelas yang dianjurkan ini dapat membantu anak anak muda menjana pendapatan sampingan sendiri dan semoga Berjaya membina kerjaya dalam Affiliate TikTok ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: