Kelas Affiliate TikTok Shop

6 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 November 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning (Kuiz Matematik) yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang ahli PEDi yang terdiri daripada Usahawan PEDi sendiri dan pelajar tingkatan 6.

Antara pengisian kelas tersebut adalah peserta dimulakan dengan pengenalan kepada Affiliate TikTok, cara menjana pendapatan di TikTok tanpa modal, dan pendaftaran Affiliate Tiktok di aplikasi Seller Center Tiktok Shop. Peserta berminat dan terus mendaftar akaun Seller Center untuk memulakan Affiliate Tiktok. Diharapkan dengan kelas ini mendapat sambutan lebih ramai lagi dari komuniti terutama nya komuniti belia untuk menjana pendapatan dengan mudah dan senang dikendalikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali