Kelas Asas ICT Komputer (Menaip dan Microsoft Word dan PowerPoint)
18 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT Komputer (Menaip dan Microsoft Word dan PowerPoint) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 1:00 petang untuk Sesi 1 manakala Sesi 2 bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang komuniti setempat.
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Peserta juga telah diberikan latihan menaip di dalam Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selepas selesai kelas sesi 1, kelas sesi 2 telah dimulakan dengan membimbing para peserta membuat slaid pembentangan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: