E-Learning: Typing Practice & Puzzle

31 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas ICT Junior – Typing Speed yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 10 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah para pelajar membuat latihan menaip dengan pantas.

Objektif kelas ini adalah para peserta dapat mempelajari asas ICT dalam menguasai kemahiran menggunakan komputer. Semoga adik - adik mendapat ilmu dan pengetahuan didalam kelas ini. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali