Program Keusahawanan - Jana Pendapatan Dengan Mencipta Kandungan "User Generates Content" anjuran MDEC Program E-Rezeki 2023

16 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2023, Selasa, satu Taklimat Keusahawanan bersama anjuran MDEC Program E-Rezeki 2023 telah dianjurkan di platform atas talian iaitu ZOOM MEET dan Siaran Langsung melalui Facebook Page e-Rezeki yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang. Seramai 3 orang komuniti setempat telah menghadiri taklimat tersebut. Taklimat Keusahawanan tersebut telah dikendalikan oleh MDEC di dalam program E-Rezeki dan dibentangkan oleh wakil Cult Creative iaitu Puan Lina Esa.

Antara pengisian taklimat tersebut adalah Puan Lina telah berkongsi cara mendapatkan kerja 'User Generated Content' melalui platform Cult Creative. Cult Creative telah memberi panduan dan sokongan atas cara mencipta kandungan hanya dengan telefon. Content tersebut dapat menambah nilai kepada client dan menjana pendapatan sampingan yang boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Diharapkan dengan taklimat yang dianjurkan ini dapat membantu usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka dan membina kerjaya dalam mencipta kandungan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali