Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di PEDi Rantau Panjang

14 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2023, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah membuka perkhidmatan pusat serenti pengutipan borang Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mahupun secara atas talian yang bermula 1 November 2023 yang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua komuniti bagi memudahkan urusan mereka.

Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Rantau Panjang telah menyediakan borang pemohonan atau kemaskini maklumat STR 2024. Perkhidmatan ini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti bagi memudahkan urusan komuniti dalam mengemaskini maklumat mereka untuk perkara tersebut. Diharapkan komuniti boleh menerima baik perkhidmatan seperti ini dalam memudahkan urusan Masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali