Advokasi Klik Dengan Bijak dan Tayangan Filem sempena Hari Sarawak

22 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan kelas advokasi Klik Dengan Bijak dan tayangan filem “Kanang anak Langkau’ sempena Hari Sarawak yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 7 orang pelajar sekolah rendah.

Ini adalah untuk meningkatkan kefahaman anak-anak untuk berfikir secara positif Ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, tayangan filem seperti ini juga dapat memupuk nilai nilai murni tentang semangat patriotik kepada negara. Diharap dengan program seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali