Kelas Asas ICT (Microsoft Word)

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT (Microsoft Word) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 8 orang komuniti setempat.

Di dalam kelas asas Microsoft Word ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada di dalam Microsoft Word. Para peserta juga telah diberikan latihan untuk membuat jadual dan menaip petikan bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali