Advokasi Klik Dengan Bijak (WordSearch)

5 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan aktiviti carian kata (wordsearch) advokasi Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Ini adalah untuk meningkatkan kefahaman anak-anak untuk berfikir secara positif Ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka.

Aktiviti penyampaian hadiah telah dilakukan kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dalam aktiviti carian kata tersebut. Diharap dengan program seperti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali