Aktiviti STEM – Growing Wriggly Worms

11 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti STEM – Growing Wriggly Worms yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 11 orang ahli PEDi. Antara pengisian kelas tersebut adalah aktiviti STEM membuat Ulat dengan menggunakan tisu, marker dan penyedut minuman.

Semua peserta diberi arahan dan bimbingan dari staf PEDi yang memberi latihan. Setelah siap mereka diminta untuk mencuba hasil buatan mereka supaya dapat melihat fungsi hasil buatan masing masing. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat anak muda dalam bidang teknologi dan sains. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali