Program Keusahawanan - Jom Santai Bersama Revolusi Emas oleh Ar Rahnu YAPIEM Cawangan Sibu

24 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital Rantau Panjang telah berkolaborasi bersama Ar Rahnu YaPIEM Cawangan Sibu mengadakan program keusahawan tentang Revolusi Emas. Program ini bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 11 pagi. Program ini juga dihadiri seramai 7 orang peserta komuniti setempat. Program ini dimulakan dengan pengenalan kepada AR Rahnu (mikro kredit) oleh Puan Hani Hamizah tentang latar belakang Syarikat mereka dan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada komuniti.

Seterusnya taklimat diteruskan oleh Encik Mohamad Darfirazit tentang produk – produk yang AR Rahnu sediakan kepda komuniti untuk mendapatkan dana perniagaan dengan pajak gadai emas. Selain itu juga, peserta turut diterangkan tentang perkhidmatan melabur emas bersama AR Rahnu oleh Encik Mohd Amirul tentang Emas Digital dengan menyimpan hanya serendah RM5 sahaja. Pelaburan emas digital juga dapat tukar kepada emas fisikal 999 atau 916. Pusat Ekonomi Digital Rantau Panjang berharap dapat membantu untuk komuniti dalam meningkatkan sosio ekonomi dan memberi peluang komuniti untuk menggunakan emas secara bijak. Program ini sedikit sebanyak dapat membuka minda komuniti tentang pengetahuan emas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali