Kelas Multimedia – Mewarna Digital Poster Tahun Baru Cina

13 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2024, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Multimedia – Mewarna Digital Poster Tahun Baru Cina yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tenghari. Kelas tersebut dijalankan di PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada komponen komputer iaitu tetikus dan software Paint 3D. Peserta diminta untuk mewarnakan poster yang telah disediakan oleh pelatih dengan menggunakan software Paint 3D. Pelajar juga telah dibimbing oleh staf PEDi membuat mewarna menggunakan tetikus dan fungsi yang terdapat didalam software Paint 3D. Kelas diakhiri dengan pemberian hadiah saguhati kupon 30 minit penggunaan PC di PEDI.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali