Staff Training – Compliance: Sexual Harassment at the Workplace

15 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2024, Khamis, Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menyertai staf training iaitu Compliance: Sexual Harassment at the Workplace secara online (Microsoft Team) yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 petang. Staff training tersebut telah dikendalikan oleh Cik Cantiynia Anak Ringos yang merupakan staf dari REDtone.

Antara objektif latihan ini adalah mempelajari jenis-jenis gangguan seksual di tempat kerja, memahami definisi ganggual seksual di tempat kerja berdasarkan Akta Kerja 1995 dan mempelajari langkah-langkah untuk menghentikan gangguan tersebut. Pada akhir sesi latihan tersebut, semua peserta telah diminta untuk menjawab kuiz bagi mengetahui sejauh mana pemahaman mereka mengenai topik yang telah diterangkan oleh Cik Cantiynia.

Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat memberi manfaat kepada staf NaDi supaya dapat mengelak daripada dikena gangguan seksual di tempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali