Kelas STEM – 3D Puzzle Ship Building
17 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas 3D Puzzle Ship Building yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh empat orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Model 3D. Peserta telah diberikan satu 3D Puzzle Ship Kit untuk dibina bagi mengasas kemahiran cara pemikiran yang kritis dan memupuk daya kreativiti mereka. Peserta telah Berjaya membina Kapal Layar 3D Puzzle dan mereka telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: