Aktiviti STEM – Cap Jari

17 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktivti STEM – Cap Jari yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di NaDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para peserta diminta untuk mewarna tompokan hitam pada sekeping kertas dengan menggunakan pensel.Setelah itu, guntingkan pita pelekat dan tekapkan jari pada tompokan hitam tadi dan seterusnya lekapkan ke pita pelekat. Semua cap jari di pita pelekat tadi di lekatkan pada sekeping kertas untuk rekod. Semua peserta diterangkan tentang setiap orang mempunyai cap jari yang berbeza seperti experimen tadi. Peserta boleh Nampak perbezaan setiap cap ibu jari masing – masing.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk komuniti berminat dan berpengetahuan dalam ilmu sains dan teknologi. Semoga aktivti ini dapat memberi manfaat kepada Masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali