Kelas STEM/IOT – Benda Hidup & Benda Bukan Hidup

17 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2024, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas STEM/IOT – Benda Hidup dan Benda Bukan Bukan Hidup yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 12:30 tengahari yang bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh seorang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memupuk minat peserta dalam bidang sains, teknologi, engineering dan matematik. Peserta terlebih dahulu telah diberikan penerangan antara perbezaan benda hidup dengan benda bukan hidup. Selepas peserta berjaya memahami topik tersebut, peserta telah diminta untuk membuat latihan di laman sesawang Wordwall.com bagi mengukuhkan lagi pemahaman terhadap topik yang dibincangkan.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memupuk minat peserta untuk mendalami dunia STEM pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali