Kelas E-Learning: Telling Time
18 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 April 2024, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Telling Time yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 12:30 tengahari bertempat di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh seorang peserta.
Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar telah diajar terlebih dahulu cara yang betul untuk membaca jam digital dan jam analog dengan menggunakan gambar di Google. Selepas selesai, peserta diminta untuk membuat aktiviti di laman sesawang Wordwall.com sebagai medium pembelajaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih fokus dan menguji pemahaman peserta terhadap topik yang telah diajarkan.
Pada akhir sesi aktiviti, peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di NADI Rantau Panjang pada masa yang akan datang.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: