Aktiviti STEM – Water Dispenser

20 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Aktiviti STEM – Water Dispenser yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh tujuh orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada sains dan fizik. Peserta telah diberikan bahan bahan untuk membina water dispenser diy iaitu botol, penyedut minuman, kadbod kotak, dan gam. Aktiviti ini adalah untuk memupuk minat komuniti dalam bidang sains dan teknologi. Selesai sahaja aktiviti tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali