Kelas Keusahawanan Digital
21 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Pengenalan kepada Kelas Keusahawanan Digital yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 3 (3) orang peserta.
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan NADI dan program keusahawanan NADI. Peserta diterangkan tentang asas - asas keusahawanan dan asas keusahawanan digital. Antara pengisian kelas tersebut juga, peserta diterangkan tentang ciri ciri usahawan berjaya, penggunaan platform media sosial atas talian bagi tujuan promosi dan jualan. Semua peserta telah memberi respon yang positif kepada penceramah dengan baik. Pada akhir sesi kelas tersebut, peserta dan penceramah telah berbincang tentang perniagaan yang dijalankan oleh peserta dan mendaftar menjadi Usahawan NADI Rantau Panjang.
Diharapkan dengan adanya kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran keusahawan dan ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: