Aktiviti STEM Membina Puzzle Block dengan Kreatif

21 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2024, Selasa, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Kemahiran Insaniah iaitu Susun Puzzle Merdeka yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh lima orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada permainan tanpa gadget. Peserta telah diberikan satu Puzzle Block Kit untuk dimainkan bersama rakan rakan. Permainan ini adalah untuk mengasas kemahiran berfikir dan memupuk minat peserta untuk dalam seni binaan inovatif dan kreatif. Selesai permainan tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali