Staff Training - Awareness Talk: Mind Hygiene & Ways to Improve Mental Health by Empower Training

4 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2024, Rabu, Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai staf training iaitu Awareness Talk: Mind Hygiene & Ways to Improve Mental Health by Empower Training secara online (Microsoft Team) yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang. Staff training tersebut telah dikendalikan oleh Encik Lim Poh Lai yang merupakan Pengasas Empower Training.

Antara objektif latihan ini adalah mempelajari cara-cara yang betul dan sihat untuk menjaga dan mengawal emosi serta pemikiran. Encik Lim juga telah mengajar 3 cara pernafasan yang betul yang boleh dipraktikkan di pejabat supaya dapat mengurangkan tekanan kerja di pejabat dan dapat membantu untuk meningkatkan imuniti minda seseorang.

Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat memberi manfaat kepada staf NADI supaya dapat mengawal emosi dan pemikiran dengan cara-cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali