Kelas Softskills – Sampul Hari Raya

7 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills – Sampul Hari Raya yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ialah gunting, gam, kertas sampul yang telah dicetak, dan pensel warna. Mula-mula, para peserta diminta untuk mewarna lakaran sampul yang telah dicetak dengan kemas dan cantik. Selepas selesai mewarna, sampul Hari Raya tersebut digunting dan dilipat untuk membentuk seperti sampul. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran motor halus dan motor kasar para peserta.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali