Aktiviti STEM - Sudoku
9 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2024, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menganjurkan Aktiviti STEM - Sudokuyang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di NADI Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Peserta diberikan satu Kotak Sudoku secara atas talian di laman sesawang nytimes.com. Peserta diminta untuk menyelesaikan sebuah permainan Sudoku dimana peserta perlu mengisi nombor 1 sehingga 9 di sebaris Sudoku tanpa mengulang nombor tersebut disetiap baris. Permainan matematik ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir.
Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran matematik dikalangan pelajar. Semoga lebih ramai lagi komuniti Celik menyertai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: