Kelas Asas Internet dan Microsoft PowerPoint

21 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Internet dan Microsoft Power Point yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri dua orang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Internet dan Microsoft PowerPoint. Peserta juga telah diberikan latihan membuat slaid pembentangan di dalam Microsoft PowerPoint bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini boleh memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali