Kelas Asas Microsoft Excel
29 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri dua orang belia.
Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft Excel. Peserta juga telah diberikan latihan membuat jadual di dalam Microsoft Excel bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selepas itu, peserta terus membuat Latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam asas formula matematik menggunakan Microsoft Excel.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini boleh memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: