Kelas E-Learning: Noun (English)
10 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2024, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning: Noun (English) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Kelas ini dimulakan dengan membuat ulangkaji matapelajaran Bahasa Inggeris iaitu ‘Noun’. Para peserta diterangkan dengan definisi dan contoh ‘noun’ iaitu ‘proper noun’ dan ‘common noun’. Selepas itu, para peserta diminta untuk menyenaraikan contoh-contoh yang terdapat dalam setiap jenis ‘noun’ tersebut. Kelas E-Learning tersebut diakhiri dengan kuiz dengan menggunakan Blooket untuk mengasah lagi pemahaman mereka dan untuk menarik minat mereka untuk belajar sambil bermain.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini dapat memupuk minat anak muda untuk belajar demi masa hadapan mereka. Semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti dan anak-anak muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: