Kelas Asas ICT (Menaip dan Microsoft Word)
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2024, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT (Menaip dan Microsoft Word) yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 6.
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan PEDi, asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Peserta juga telah diberikan latihan menaip menggunakan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka.
Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada pelajar semasa cuti sekolah. Semoga lebih banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan komuniti di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: