Kelas Asas ICT (Microsoft PowerPoint)
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2024, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT (Microsoft PowerPoint) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 6.
Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada asas Microsoft PowerPoint. Peserta telah diberikan latihan membuat slaid menggunakan Microsoft PowerPoint bagi mengasah kemahiran penggunaan komputer mereka. Selain itu, peserta juga telah membuat latihan sambil dibimbing oleh pengajar dalam menyunting gambar dan video multimedia menggunakan Microsoft PowerPoint. Pada akhir sesi kelas, para peserta diminta untuk menyertai kuiz Kahoot bagi menilai sejauh mana pemahaman mereka terhadap Kelas Asas ICT (Microsoft Powerpoint) tersebut.
Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: