Kelas Softskills – 3D Valentine’s Day Card
19 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2024, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskills – 3D Valentine’s Day Card yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 12:30 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang ahli PEDi.
Setiap peserta diberi dua keping kertas berwarna. Satu keping kertas digunakan untuk melukis corak berbentuk hati dan kemudian digunting manakala satu lagi kertas dilipat untuk membuat kad. Selepas selesai menggunting kesemua corak berbentuk hati tersebut, lekat keatas kad yang telah dilipat untuk membentuk corak hati 3D. Ucapan ringkas telah ditulis pada bahagian dalam kad tersebut. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk melatih kreativiti, mengasah kemahiran motor halus dan kasar para peserta.
Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat untuk belajar para peserta dan semoga aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: